Thursday, November 26, 2009

Kajang-Bachok Express pantai Timur

Jam 12.00 tgh 24.11.2009 kami sekeluarga bertolak balik kampung bagi meraikan AIDILADHA bersama keluarga di kampung...cuaca agak baik sepanjang perjalanan pada hari tersebut cuma apabila memasuki sempadan kuala krai hujan mulai renyai sehinggalah kami selamat tiba di rumah pada jam 9.00 p.m....woi...lama ngak tu...9jam baru sampai kg...yea la...ntah berapa kali kami berhenti sepanjang perjalanan tersebut....al maklumlah kejab-kejab anak buah nak buang air...kejab-kejab nak berenti makan....mana taknyer...apapun Al-Hamdulillah pujian untukNya kerana kami selamat sampai d kg tersinta...

Kepada kawan yang memandu balik kg jgn lupa pandu kereta laju-laju....semoga selamat tiba..

Ingatlah ORANG yang tersayang....

Friday, November 13, 2009

Kesabaran adalah Anugerah Terbaik dan Terbesar

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudri ra. : beberapa orang Anshar meminta (sesuatu) kepada Rasulullah Saw dan diberi. Kemudian mereka meminta lagi (sesuatu) dan kembali diberi. Kemudian kembali mereka meminta (sesuatu) dari Rasulullah Saw hingga semua semua yang dimiliki Rasulullah Saw habis.

Rasulullah Saw bersabda, “apabila aku memiliki sesuatu, aku tidak akan menyembunyikannya darimu. (ingatlah) siapa pun yang tidak meminta (mengemis) kepada orang lain, Allah akan memenuhinya, dan siapa pun yang berusaha membuat dirinya merasa cukup, maka Allah akan membuat dirinya merasa cukup. Dan siapa pun yang berupaya bersabar, maka Allah akan membuatnya sabar. Tidak ada anugerah yang lebih baik dan lebih besar yang diberikan kepada seseorang selain kesabaran”.

Thursday, November 12, 2009

Manjakan Suamimu!

Memanjakan suami ialah satu strategi penting dalam menjaga keharmonian perhubungan dalam rumahtangga. Strategi ini perlu diambil perhatian oleh newlyweds dan harus dipraktikkan oleh mereka yang sudah lama melayari bahtera perkahwinan. Manja yang dimaksudkan ini bukan sinikal, bukan ‘memanjakan’ dengan membenarkan suami melakukan apa sahaja yang dihajatkan.

Strategi ini tujuannya ringkas sahaja, untuk membuatkan para suami merasa istimewa tatkala berada di samping isteri tersayang tetapi impaknya dalam perkahwinan cukup menakjubkan. Mudah sahaja untuk memanjakan suami kerana yang diperlukan ialah keikhlasan dan kasih sayang seorang isteri yang tidak berbelah bagi. Lakukannya kerana kau mencintai suamimu!

Senyum Di bibir dan Manis Tutur Kata Untuk Diri Mu
Secalit senyuman di bibir menyejukkan hati suami yang memandang. Iringi kepergian suami ke pejabat dengan muka yang manis, salam dan kucupan. Ketika pulang dari kerja disambut pula dengan senyuman manis dari isteri tersayang. Hati suami mana yang tidak gembira melihat si isteri teruja dengan kehadirannya, lantas di hati tercetus “she’s happy to see me!” dan mood terus akan jadi ceria.

Apabila berbicara dengan suami, gunakan perkataan yang baik-baik disertakan nada yang lembut. Jadikan kebiasaan memanggil suami dengan panggilan “abang”, “sayang”, “baby”, “honey”, “papa”, atau panggilan yang digemari oleh suami. Apa yang ingin dimalukan, bukankah sudah menjadi suami isteri? Sesekali sebutkan “I love you!” atau “Are you ok honey? Do you want anything from me?” untuk memberitahu suami yang anda mengambil tahu tentang dia dan sering mengambil peluang memanjakannya. Ini langkah pertama dalam strategi memanjakan suami, menjadikan beliau seorang yang istimewa di dalam keluarga.

Aku Tahu Hidangan Kegemaran Mu
A way to a man’s heart is through his stomach! Jangan sesekali ambil mudah dalam menyediakan makanan untuk suami. Ketika membujang sudah puas makan di kedai, tak mungkin selepas berkahwin ingin merasa air tangan makcik kedai lagi. Ambil tahu makanan kegemaran suami dan surprisekan beliau dengan hidangan istimewa yang akan membuat beliau rasa dihargai oleh isteri.

Prihatin kepada citarasa suami, apa yang beliau gemari dan sebaliknya serta lakukan tanpa diminta. Jika tidak mampu setiap hari, seminggu sekali dua pun memadai. Jangan hanya menyediakan masakan yang sesuai dengan selera sendiri tanpa memikirkan keinginan suami tersayang. Kalau ayah dan datuk kita sering dihidangkan kopi atau teh selepas makan, lakukan perkara yang sama kerana suami menggemarinya. Tetapi lebih bagus kalau bertanya dahulu, “Abang nak minum apa?”, “Papa nak coffee, sayang?”

Jangan pula sudah pukul 11 malam dihidangkan kopi panas pekat, takut mata terbuka hingga ke 3 pagi. Perkara kecil yang dilakukan untuk suami akan membuat suami terasa istimewa dan in turn, beliau akan membalas dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Sesekali suapkan suamimu aiskrim atau dessert kegemarannya. Bukan kes suami tak pandai suap sendiri tetapi sekadar memanjakan suami tersayang, tidak salahkan?

Urutan Mesramu Ku Tunggu
Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami merasa sangat disayangi. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada, tentu lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.

Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami; kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan beliau terasa seperti seorang yang sangat istimewa dan percayalah, dia akan begitu menghargainya!

Pakaianmu Urusanku
Memang ramai isteri yang sibuk dengan anak-anak dan tugasan lain dalam hidup sehingga merasakan bahawa suami perlu tahu mengurus sendiri keperluan hariannya. Logik memang ada di situ tetapi apa salahnya memanjakan suami dengan menyediakan pakaian yang rapi untuk beliau memulakan esok hari dengan bergaya.

Tanya suami apa yang ingin dipakai esok hari dan cadangkan pakaian yang membuat suami rasa hebat! Lelaki memang begitu, suka dipuji, lebih-lebih lagi dari isteri tersayang. Gosokkan baju dan seluar beliau supaya dia dapat memulakan hari esok dengan sempurna. Di samping membuat suami gembira, anda juga boleh berseronok ketika melakukannya kerana anda boleh menentukan gaya suamimu! Pahala dari Tuhan melimpah ruah dengan kasih saying yang diberi kepada suami tersayang.

Layanan Istimewa Hanya Untukmu
Suami mana yang menolak jika ingin diberikan layanan istimewa? Seseorang isteri harus peka, mengambil tahu trend terbaru dan mencuba untuk melakukan sesuatu yang exciting di ranjang! Setiap hari hidup ini demanding dan semakin banyak kerja yang perlu dilakukan dari celik mata sehingga malam hari. Namun, dalam kesibukan harian, layanan untuk suami tidak boleh diambil mudah.

Buangkan perasaan malas dan letih dan jangan lupa untuk berfikiran positif selalu! Sentiasa ingat rule pertama dalam kehidupan berumahtangga, layan kehendak suamimu. Untuk mengekalkan chemistry dan keinginan untuk bersama, isteri perlu memainkan peranan merangsang suami. Explore tubuh suami, make his body your wonderland! Buat suami merasakan bahawa beliaulah lelaki paling seksi dan yang paling kamu inginkan dalam dunia ini. Dress up for him, make him feel wanted. Lakukan segala yang mungkin untuk memanjakan dia sebagai suamimu. Jika bukan kamu, siapa lagi? ‘Ikat’ suamimu dengan skill yang kamu ada.

Terimalah Hadiah Istimewa Dariku
Bukan wanita sahaja perlu dimanja dengan hadiah, lelaki juga begitu. Tidak perlu yang mahal selalu tetapi sekadar memberitahu yang kamu mengingati dirinya! Perhatikan apa yang digemari suamimu dan dapatkan untuknya sekali sekala. Katakan dia menggemari buku tulisan Stephen King, dapatkan senaskah untuknya dan balut pembelian ini sebagai surprise! CD penyanyi kegemaran juga idea yang baik sebagai hadiah menarik untuk suami.

Jika beliau mengenakan tali leher ke pejabat, sesekali pilihkan seutas yang bersesuaian dengan kemeja yang beliau ada. Belikan suamimu seluar dalam seksi atau wangian berahi, agar dia tahu bahawa isterinya menyayangi dan sentiasa mengingatinya.

Memanjakan suamimu tidak menjadikan kamu seorang isteri yang lemah, tetapi seorang isteri prihatin yang menyayangi suaminya sepenuh hati dari segala segi. At the end of the day, dia suamimu yang tersayang, insan yang ingin kau habiskan hidupmu bersamanya. Dalam perhubungan suami isteri, jangan terlalu berkira kerana segala usaha yang dilaburkan ke dalam perhubungan pasti akan ada ganjarannya. Lakukan dengan ikhlas kerana dia suamimu. Jangan lakukan atas dasar tanggungjawab, lakukan kerana cinta yang mendalam terhadapnya. Manjakan your honey dengan ikhlas, jadikan dia raja dalam hidupmu kerana dia kekasih yang kau pilih untuk melayari bahtera kehidupan bersama, insyaallah untuk selama-lamanya

Frm: gua.com.my

Tuesday, November 10, 2009

25 Sifat Wanita "PERANGKAP" Lelaki


Terdapat pelbagai petua untuk menambat hati insan tersayang. Bagi kaum wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan suami atau teman lelaki tetap setia di sisi.


Di sini diperturunkan 25 sifat yang perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka.

Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yang ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya.

1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.

5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda miliki.

9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.

16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.

22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

sumber : gua.com.my

Fatimah Az-Zahra: Isteri Teladan Sepanjang Zaman

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah teladan seorang isteri solehah. Kali pertama saya membaca kisah ini, membuatkan hati saya menjadi begitu hiba sehingga mengalirlah si air mata :cry:

Mudah-mudahan kisah ini dapat memberikan kita motivasi dan semangat baru untuk meningkatkan ketaatan kita terhadap suami (terutamanya kepada diri saya sendiri).

===============
Salman al-Farisi r.a berkata bahawa suatu ketika Fatimah r.aha mengunjungi Rasulullah saw. Ketika ia memandang ayahnya, tiba-tiba ia menangis. Rasulullah saw bertanya,”Apa yang menimpamu wahai puteriku?” Fatimah r.aha menjawab, “Semalam aku dan suamiku (Ali r.a) bergurau senda sehingga menimbulkan ucapan yang mengakibatkan dia memarahiku. Aku sangat menyesal dan sedih.

Aku berkata: “Wahai kekasih dan sayangku, maafkanlah kesalahanku padamu. Hal ini telah ku lakukan sambil mengelilinginya sebanyak 70 kali. Hingga akhirnya, dia memaafkan dan tersenyum kepadaku. Namun aku masih tetap takut kepada Tuhanku.”

Nabi saw bersabda,

Wahai puteriku, demi Allah yang telah mengutusku dengan hak, seandainya engkau meninggal dunia sebelum suami mu memaafkanmu, maka aku tidak akan menyembahayangkan jenazahmu. Wahai puteriku, keredhaan suami adalah keredhaan Allah, dan kemarahannya adalah kemarahan Allah.

Walaupun seorang isteri tekun beribadah seperti Maryam binti Imram, tetapi jika suaminya tidak redha kepadanya, maka Allah tidakak an menerima amal ibadahnya. Amal ibadah yang terbaik bagi seorang isteri adalah kesetiaan kepada suami, dan bercumbu rayu dengannya.

=========

Moral of the story:

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Rasulullah saw, telah menunjukkan bahawa menyakiti hati suami atau tidak mentaati suami merupakan satu dosa yang sangat besar.

Walaupun si suami tidak melayan isterinya dengan layanan yang baik, jika isterinya terus menunjukkan ketaatan kepada suaminya, pamerkan lebih banyak kasih sayang kepada si dia, banyakkan berdoa dan terus bersabar, insyaAllah, hati suami yang pada mulanya keras, bisa terlentur dek kelembutan isterinya.

Apatah lagi, jika kita yang bertuah ini kerana telah diberikan oleh Allah swt dengan suami yang penyayang, berganda-ganda lagi lah ketaatan yang harus kita berikan kepada suami kita.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw telah bersabda;

Seorang isteri yang mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menjaga amanah suaminya, maka Allah swt akan memasukkannya ke dalam syurga melalui pintu mana sahaja yang disukai.

Dalam hadis lain, Rasulullah saw juga bersabda,

Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram, kemudian sang isteri menghiburkannya, maka ia akan mendapat setengah pahala jihad*

*Orang yang berjihad di jalan Allah swt, pahalanya adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).

Semoga kita sama-sama dapat amalkan dan sampaikan perkara ini kepada orang lain.

Ingin jadi isteri solehah,
Amalia

Frm:majlisimpian.com

kElanTan Vs N9

Penyokong kelantan sekitar bukit jalil

the red warrirors memenuhi semua aras stadium dan hampir 80% dikuasai penyokong fanatik the red warrirors .

Tahniah dan syabas buat pasukan N9 kerana telah menjuarai Piala Malaysia 2009..Buat pasukan kelantan jangan berputus asa.....kotakan impian penyokong fanatik kelantan pada tahun hadapan....

Keluhan SUAMI ISTERI

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.


Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain…

Monday, November 9, 2009

Fiqh RumahTangga: mEnCaRi PaSaNgAn HiDuP SeJaTi

Taat beragama

Sabda Rasulullah: ‘Perempuan dikahwini atas empat perkara, kerana hartanya, keturunanya, kecantikannya atau kerana gamanya. Akan tetapi pilihkah kerana agamanya agar dirimu selamat.’ (Bukhari & Muslim)

Taat beragama sepatutnya menjadi ciri utama dalam memilih pasangan ‘HIDUP’. Kalau pilih cantik, dapatlah yang cantik, tapi belum tentu bakal menjadi isteri yang baik. Nak cari bakal isteri cantik, ia tidak akan kekal. Malah, kita akan jumpa lagi cantik selepas itu. Maknanya ia tidak akan selesai.

Tapi kalau kita dapat cari yang taat pada agama, hati kita akan menjadi tenang. Malah dia bakal menjadi ibu yang salehah yang bakal membimbing anak-anak kita kelak. Saya rasa itulah yang kita mahu.

Hari ini, pakai tudung sahaja tidak cukup. Lihatlah juga pakaian mereka, tutur kata dan juga akhlak. Tidak semesti lulusan Madrasah anda akan jumpa yang terbaik dalam agama, begitu juga sebaliknya bagi pelajar sekular. Maksud saya, kita perlu berhati-hati memilih dan tidak membuat sebarang ‘judgement’ sebelum kita kenal hati budi dan akhlak seseorang

Cantik

Cantik? Penting juga..Sebab tu Nabi sebut seperti mana hadith di atas. Cuma janganlah dijadikan sebagai satu-satu pilihan dalam memilih pasangan. Jika cantik dan taat agama, kenapa tidak?

Hendak cari yang cantik dan beragama, diri kita juga perlulah punyai agama. Tidak hensem tak mengapa tapi kita perlu ada agama, barulah yang baik-baik akan cari kita. Kalau hensem tapi kita jenis ‘cacamarba’, alamatnya dapatlah makwe cantik tapi perangai pun ‘boleh tahan’ jugak. Buat apa? Makin pening dibuatnya, hati pun tak tenang. Tapi kenalah dengan lelaki yang macam tu.

Nabi sebut cantik sebab Nabi tahu fitrah semulajadi manusia suka pada yang cantik dan menawan. Tak mengapa, tapi dia pesan kita supaya cari yang cantik tapi punya agama.

Frm:abahyasir.com

Wednesday, November 4, 2009

the red warriors

SeLaMaT BeRaKsI.....Jumpa di Bukit JaLIL....