Wednesday, April 20, 2011

Tutup Aurat Namun Tidak Sempurna

Tutup Aurat Namun Tidak Sempurna

Soalan:

Apakah hukum bagi seorang wanita yang memakai tudung, tetapi pakaiannya tidak menutup aurat, seperti memakai 'jeans' dan baju ketat yang menampakkan tubuh. Adakah mereka akan menerima azab di akhirat kelak?

Jawapan:

Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.

Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram di sisi Allah SWT. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah. Nauzubillah.

Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik perhatian kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu.

DN 027 Muslimah Sejati
DN 148 ♀ Bunga Idaman Mutiara Syurga WANITA SOLEHAH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )

Menutup Aurat Bagi Wanita

Soalan:
Apakah hukum orang perempuan yang tidak memakai tudung? Jika ianya haram, keluarkan ayat al-quran dan hadis yang mengatakan ianya haram.

Jawapan:

Wanita yang solehah iaitu wanita yang menutup aurat ketika berpakaian. Kerana ramai dikalangan wanita di zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang. Ertinya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kalaupun menututp semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas.

Firman Allah SWT maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26 ) Jilbab atau tudung adalah fesyen pakaian yang dapat menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas , kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab juga tidak menampakkan bentuk badan.

Allah memerintahkan pakaian demikian supaya dapat membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak beriman, serta terhindar daripada gangguan orang-orang munafik. Firman Allah SWT maksudnya: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: 'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Al Ahzab ayat 59)

DN 027 Muslimah Sejati

sumber : darulnuman.com