Friday, August 7, 2009

ARTIKEL IK: 6 TIP MUDAH UNTUK HIDUP MEWAH

Oleh: Irfan Khairi (IK)

1: Tak perlu kopi & rokok!

OK OK.... Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai "The Latte Factor" oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)?

Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan.

2 : Potong kad kredit

Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat tinggi- paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar interest yang sebenarnya memakan simpanan anda.

Katakan anda membayar Interest kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? Takde maknanya! Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.

Bersambung.....

Thursday, August 6, 2009

Futsal....

Team futsal...

Semalam team futsal kami mula bernafas kembali....tahun depan piala pusingan akan menjadi milik kami....huhuuu...

Hebat tak?..tahniah buat semua yang turun training semalam...terutama buat rafuyell yang sanggup datang dari jauh bersama moksu nyer...jumpa lagi minggu hadapan...

Tuesday, August 4, 2009

KLCC

Oleh :Jiw@Kacau

Besok tu bawa jalan-jalan sekitar KLCC pulak..

Apa lagi.......Anak-anak papa ni pantang tengok air...Mandi is no One...terutama kak ngah tu...adoi....5 minit sekali nak mandi....pening kepala papa dibuatnya ..



Bulan ni Hero papa dah masuk 7 bulan...bila tgk kakak-kakaknya berenang, dia pun x nak lepaskan peluang...join ngak ler...

Tu dia....mandi sakan...

Have A Nice Day......



Dinner kt tempat special....tempat ni merupakan sweet memories semasa bercinta dulu...

Santai bersama family..

Oleh : Jiw@kacau

Selepas hampir seminggu meninggalkan anak bini kerana tugas di luar pejabat so, ari minggu ni dapat lah kuar jalan-jalan bersama anak bini ......lepaskan rindu ba....
Malam tu bawa family makan kat luar....sempat lagi posting..

Ini lah satu-satunya Hero Papa buat masa ni....cooming soon tak tau lagi lah....harap-harap dapat hero lagi....baru balance...huhuhu...mesti bini marah ni bila baca...keh...keh..


Kalau makan kt sekitar Putrajaya....apa lagi....anak-anak papa ni mesti nak main kt dataran tu....so, basikal dia orang mesti kena bawa...hahaha...kt umah x cukup ruang untuk diaorang pecut...so ini litar diaorang...


Lokasi : Dataran Putrajaya

Sunday, August 2, 2009

Tangisan.....

15 Pintu Syaitan Yang Ada Dalam Diri Kita

Oleh : Zailina Mahmud

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (enggan menghadiri majlis ilmu)
- suka berangan angan kosong
- tamak
- bakhil
- suka pada pujian
- riak atau sombong
- ujub (merasa kagum)/takbur
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- suka akan dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'laha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih dari kotoran
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan tidak berdusta
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

H Wang N Wang


Pemburu H One N One..

Saturday, August 1, 2009

Renung-renungkanlah. ....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cubakita lihat... dan manakah pilihan kita???


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAHkepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUPkepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYAmelebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Maka tak ada alasan apapun di
dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.