Thursday, December 24, 2009

mELAkA bAnDaR bErSeJaRaH

Seminggu aku meninggalkan keluarga kerana bertugas di Sabah.....hari ni sempatlah bawa anak-anak bercuti.sempena cuti sekolah katakan.... kali ni bawa jalan2 kat melaka... last time datang masa tu anak baru sorang...sekarang dah tiga....pearh...hebat ngak la kiranya...rezeki Allah..
kenali ular sawa dengan lebih dekat.....boleh respect anak laki papa ni...tak takut beb..

korang tengok lah sendiri...hero papa ler ni..
kali ni berkesempatan untuk tunggang kuda..

Monday, December 7, 2009

Tarikan seorang bernama WANITA....

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

( Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?… pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)

3. Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas.kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengatai dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah…. .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang/adik atau anak harus memainkan peranan,tanggungjawab & amanah mereka dengan sebaik yang mungkin.

Marilah sama-sama muhasabah diri.....

Thursday, December 3, 2009

MeeTinG In KK..

Bermula mesyuarat di Alammesra bersebelahan ONE Borneo...selama 2 hari aku disana melaksanakan amanah yg diberi.....

Habis Meting....apa lagi....release la...


Mawie tunjuk skill.....Juara kali ni hadiah memang menarik.......kena sponsor lah....hahaha...tahniah buat mawie..

Jumpa kembali di KK....

Cuti aidiladha di kg selama 5 hari memberi seribu makna dalam memori.... tanggal 30 Nov 2009 aku mula bertugas kembali....apa lagi terus fly ke Sabah lah...penat ngak la...sampai kl pada jam 3.00a.m pada 29hb Nov 2009...jalan memang jem lah...asal musim cuti raya aje mesti jalan di kelantan jem teruk...12jam baru aku sekeluarga selamat tiba di kl.

30.hb Nov 2009 jam 2.00p.m aku berlepas ke Kota Kinabalu..memang aku diamanahkan sebelum cuti lagi untuk bertugas di sana paling kurang sekali sebulan ke sabah...mana tak nyer semua projek yang aku jaga berada di seluruh negeri sabah...


Qurban

Semangat kerjasama...

Thursday, November 26, 2009

Kajang-Bachok Express pantai Timur

Jam 12.00 tgh 24.11.2009 kami sekeluarga bertolak balik kampung bagi meraikan AIDILADHA bersama keluarga di kampung...cuaca agak baik sepanjang perjalanan pada hari tersebut cuma apabila memasuki sempadan kuala krai hujan mulai renyai sehinggalah kami selamat tiba di rumah pada jam 9.00 p.m....woi...lama ngak tu...9jam baru sampai kg...yea la...ntah berapa kali kami berhenti sepanjang perjalanan tersebut....al maklumlah kejab-kejab anak buah nak buang air...kejab-kejab nak berenti makan....mana taknyer...apapun Al-Hamdulillah pujian untukNya kerana kami selamat sampai d kg tersinta...

Kepada kawan yang memandu balik kg jgn lupa pandu kereta laju-laju....semoga selamat tiba..

Ingatlah ORANG yang tersayang....

Friday, November 13, 2009

Kesabaran adalah Anugerah Terbaik dan Terbesar

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al Khudri ra. : beberapa orang Anshar meminta (sesuatu) kepada Rasulullah Saw dan diberi. Kemudian mereka meminta lagi (sesuatu) dan kembali diberi. Kemudian kembali mereka meminta (sesuatu) dari Rasulullah Saw hingga semua semua yang dimiliki Rasulullah Saw habis.

Rasulullah Saw bersabda, “apabila aku memiliki sesuatu, aku tidak akan menyembunyikannya darimu. (ingatlah) siapa pun yang tidak meminta (mengemis) kepada orang lain, Allah akan memenuhinya, dan siapa pun yang berusaha membuat dirinya merasa cukup, maka Allah akan membuat dirinya merasa cukup. Dan siapa pun yang berupaya bersabar, maka Allah akan membuatnya sabar. Tidak ada anugerah yang lebih baik dan lebih besar yang diberikan kepada seseorang selain kesabaran”.

Thursday, November 12, 2009

Manjakan Suamimu!

Memanjakan suami ialah satu strategi penting dalam menjaga keharmonian perhubungan dalam rumahtangga. Strategi ini perlu diambil perhatian oleh newlyweds dan harus dipraktikkan oleh mereka yang sudah lama melayari bahtera perkahwinan. Manja yang dimaksudkan ini bukan sinikal, bukan ‘memanjakan’ dengan membenarkan suami melakukan apa sahaja yang dihajatkan.

Strategi ini tujuannya ringkas sahaja, untuk membuatkan para suami merasa istimewa tatkala berada di samping isteri tersayang tetapi impaknya dalam perkahwinan cukup menakjubkan. Mudah sahaja untuk memanjakan suami kerana yang diperlukan ialah keikhlasan dan kasih sayang seorang isteri yang tidak berbelah bagi. Lakukannya kerana kau mencintai suamimu!

Senyum Di bibir dan Manis Tutur Kata Untuk Diri Mu
Secalit senyuman di bibir menyejukkan hati suami yang memandang. Iringi kepergian suami ke pejabat dengan muka yang manis, salam dan kucupan. Ketika pulang dari kerja disambut pula dengan senyuman manis dari isteri tersayang. Hati suami mana yang tidak gembira melihat si isteri teruja dengan kehadirannya, lantas di hati tercetus “she’s happy to see me!” dan mood terus akan jadi ceria.

Apabila berbicara dengan suami, gunakan perkataan yang baik-baik disertakan nada yang lembut. Jadikan kebiasaan memanggil suami dengan panggilan “abang”, “sayang”, “baby”, “honey”, “papa”, atau panggilan yang digemari oleh suami. Apa yang ingin dimalukan, bukankah sudah menjadi suami isteri? Sesekali sebutkan “I love you!” atau “Are you ok honey? Do you want anything from me?” untuk memberitahu suami yang anda mengambil tahu tentang dia dan sering mengambil peluang memanjakannya. Ini langkah pertama dalam strategi memanjakan suami, menjadikan beliau seorang yang istimewa di dalam keluarga.

Aku Tahu Hidangan Kegemaran Mu
A way to a man’s heart is through his stomach! Jangan sesekali ambil mudah dalam menyediakan makanan untuk suami. Ketika membujang sudah puas makan di kedai, tak mungkin selepas berkahwin ingin merasa air tangan makcik kedai lagi. Ambil tahu makanan kegemaran suami dan surprisekan beliau dengan hidangan istimewa yang akan membuat beliau rasa dihargai oleh isteri.

Prihatin kepada citarasa suami, apa yang beliau gemari dan sebaliknya serta lakukan tanpa diminta. Jika tidak mampu setiap hari, seminggu sekali dua pun memadai. Jangan hanya menyediakan masakan yang sesuai dengan selera sendiri tanpa memikirkan keinginan suami tersayang. Kalau ayah dan datuk kita sering dihidangkan kopi atau teh selepas makan, lakukan perkara yang sama kerana suami menggemarinya. Tetapi lebih bagus kalau bertanya dahulu, “Abang nak minum apa?”, “Papa nak coffee, sayang?”

Jangan pula sudah pukul 11 malam dihidangkan kopi panas pekat, takut mata terbuka hingga ke 3 pagi. Perkara kecil yang dilakukan untuk suami akan membuat suami terasa istimewa dan in turn, beliau akan membalas dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Sesekali suapkan suamimu aiskrim atau dessert kegemarannya. Bukan kes suami tak pandai suap sendiri tetapi sekadar memanjakan suami tersayang, tidak salahkan?

Urutan Mesramu Ku Tunggu
Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami merasa sangat disayangi. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada, tentu lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.

Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami; kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan beliau terasa seperti seorang yang sangat istimewa dan percayalah, dia akan begitu menghargainya!

Pakaianmu Urusanku
Memang ramai isteri yang sibuk dengan anak-anak dan tugasan lain dalam hidup sehingga merasakan bahawa suami perlu tahu mengurus sendiri keperluan hariannya. Logik memang ada di situ tetapi apa salahnya memanjakan suami dengan menyediakan pakaian yang rapi untuk beliau memulakan esok hari dengan bergaya.

Tanya suami apa yang ingin dipakai esok hari dan cadangkan pakaian yang membuat suami rasa hebat! Lelaki memang begitu, suka dipuji, lebih-lebih lagi dari isteri tersayang. Gosokkan baju dan seluar beliau supaya dia dapat memulakan hari esok dengan sempurna. Di samping membuat suami gembira, anda juga boleh berseronok ketika melakukannya kerana anda boleh menentukan gaya suamimu! Pahala dari Tuhan melimpah ruah dengan kasih saying yang diberi kepada suami tersayang.

Layanan Istimewa Hanya Untukmu
Suami mana yang menolak jika ingin diberikan layanan istimewa? Seseorang isteri harus peka, mengambil tahu trend terbaru dan mencuba untuk melakukan sesuatu yang exciting di ranjang! Setiap hari hidup ini demanding dan semakin banyak kerja yang perlu dilakukan dari celik mata sehingga malam hari. Namun, dalam kesibukan harian, layanan untuk suami tidak boleh diambil mudah.

Buangkan perasaan malas dan letih dan jangan lupa untuk berfikiran positif selalu! Sentiasa ingat rule pertama dalam kehidupan berumahtangga, layan kehendak suamimu. Untuk mengekalkan chemistry dan keinginan untuk bersama, isteri perlu memainkan peranan merangsang suami. Explore tubuh suami, make his body your wonderland! Buat suami merasakan bahawa beliaulah lelaki paling seksi dan yang paling kamu inginkan dalam dunia ini. Dress up for him, make him feel wanted. Lakukan segala yang mungkin untuk memanjakan dia sebagai suamimu. Jika bukan kamu, siapa lagi? ‘Ikat’ suamimu dengan skill yang kamu ada.

Terimalah Hadiah Istimewa Dariku
Bukan wanita sahaja perlu dimanja dengan hadiah, lelaki juga begitu. Tidak perlu yang mahal selalu tetapi sekadar memberitahu yang kamu mengingati dirinya! Perhatikan apa yang digemari suamimu dan dapatkan untuknya sekali sekala. Katakan dia menggemari buku tulisan Stephen King, dapatkan senaskah untuknya dan balut pembelian ini sebagai surprise! CD penyanyi kegemaran juga idea yang baik sebagai hadiah menarik untuk suami.

Jika beliau mengenakan tali leher ke pejabat, sesekali pilihkan seutas yang bersesuaian dengan kemeja yang beliau ada. Belikan suamimu seluar dalam seksi atau wangian berahi, agar dia tahu bahawa isterinya menyayangi dan sentiasa mengingatinya.

Memanjakan suamimu tidak menjadikan kamu seorang isteri yang lemah, tetapi seorang isteri prihatin yang menyayangi suaminya sepenuh hati dari segala segi. At the end of the day, dia suamimu yang tersayang, insan yang ingin kau habiskan hidupmu bersamanya. Dalam perhubungan suami isteri, jangan terlalu berkira kerana segala usaha yang dilaburkan ke dalam perhubungan pasti akan ada ganjarannya. Lakukan dengan ikhlas kerana dia suamimu. Jangan lakukan atas dasar tanggungjawab, lakukan kerana cinta yang mendalam terhadapnya. Manjakan your honey dengan ikhlas, jadikan dia raja dalam hidupmu kerana dia kekasih yang kau pilih untuk melayari bahtera kehidupan bersama, insyaallah untuk selama-lamanya

Frm: gua.com.my

Tuesday, November 10, 2009

25 Sifat Wanita "PERANGKAP" Lelaki


Terdapat pelbagai petua untuk menambat hati insan tersayang. Bagi kaum wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan suami atau teman lelaki tetap setia di sisi.


Di sini diperturunkan 25 sifat yang perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka.

Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yang ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya.

1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.

5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda miliki.

9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.

16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.

22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

sumber : gua.com.my

Fatimah Az-Zahra: Isteri Teladan Sepanjang Zaman

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah teladan seorang isteri solehah. Kali pertama saya membaca kisah ini, membuatkan hati saya menjadi begitu hiba sehingga mengalirlah si air mata :cry:

Mudah-mudahan kisah ini dapat memberikan kita motivasi dan semangat baru untuk meningkatkan ketaatan kita terhadap suami (terutamanya kepada diri saya sendiri).

===============
Salman al-Farisi r.a berkata bahawa suatu ketika Fatimah r.aha mengunjungi Rasulullah saw. Ketika ia memandang ayahnya, tiba-tiba ia menangis. Rasulullah saw bertanya,”Apa yang menimpamu wahai puteriku?” Fatimah r.aha menjawab, “Semalam aku dan suamiku (Ali r.a) bergurau senda sehingga menimbulkan ucapan yang mengakibatkan dia memarahiku. Aku sangat menyesal dan sedih.

Aku berkata: “Wahai kekasih dan sayangku, maafkanlah kesalahanku padamu. Hal ini telah ku lakukan sambil mengelilinginya sebanyak 70 kali. Hingga akhirnya, dia memaafkan dan tersenyum kepadaku. Namun aku masih tetap takut kepada Tuhanku.”

Nabi saw bersabda,

Wahai puteriku, demi Allah yang telah mengutusku dengan hak, seandainya engkau meninggal dunia sebelum suami mu memaafkanmu, maka aku tidak akan menyembahayangkan jenazahmu. Wahai puteriku, keredhaan suami adalah keredhaan Allah, dan kemarahannya adalah kemarahan Allah.

Walaupun seorang isteri tekun beribadah seperti Maryam binti Imram, tetapi jika suaminya tidak redha kepadanya, maka Allah tidakak an menerima amal ibadahnya. Amal ibadah yang terbaik bagi seorang isteri adalah kesetiaan kepada suami, dan bercumbu rayu dengannya.

=========

Moral of the story:

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Rasulullah saw, telah menunjukkan bahawa menyakiti hati suami atau tidak mentaati suami merupakan satu dosa yang sangat besar.

Walaupun si suami tidak melayan isterinya dengan layanan yang baik, jika isterinya terus menunjukkan ketaatan kepada suaminya, pamerkan lebih banyak kasih sayang kepada si dia, banyakkan berdoa dan terus bersabar, insyaAllah, hati suami yang pada mulanya keras, bisa terlentur dek kelembutan isterinya.

Apatah lagi, jika kita yang bertuah ini kerana telah diberikan oleh Allah swt dengan suami yang penyayang, berganda-ganda lagi lah ketaatan yang harus kita berikan kepada suami kita.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw telah bersabda;

Seorang isteri yang mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menjaga amanah suaminya, maka Allah swt akan memasukkannya ke dalam syurga melalui pintu mana sahaja yang disukai.

Dalam hadis lain, Rasulullah saw juga bersabda,

Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram, kemudian sang isteri menghiburkannya, maka ia akan mendapat setengah pahala jihad*

*Orang yang berjihad di jalan Allah swt, pahalanya adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).

Semoga kita sama-sama dapat amalkan dan sampaikan perkara ini kepada orang lain.

Ingin jadi isteri solehah,
Amalia

Frm:majlisimpian.com

kElanTan Vs N9

Penyokong kelantan sekitar bukit jalil

the red warrirors memenuhi semua aras stadium dan hampir 80% dikuasai penyokong fanatik the red warrirors .

Tahniah dan syabas buat pasukan N9 kerana telah menjuarai Piala Malaysia 2009..Buat pasukan kelantan jangan berputus asa.....kotakan impian penyokong fanatik kelantan pada tahun hadapan....

Keluhan SUAMI ISTERI

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.


Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain…

Monday, November 9, 2009

Fiqh RumahTangga: mEnCaRi PaSaNgAn HiDuP SeJaTi

Taat beragama

Sabda Rasulullah: ‘Perempuan dikahwini atas empat perkara, kerana hartanya, keturunanya, kecantikannya atau kerana gamanya. Akan tetapi pilihkah kerana agamanya agar dirimu selamat.’ (Bukhari & Muslim)

Taat beragama sepatutnya menjadi ciri utama dalam memilih pasangan ‘HIDUP’. Kalau pilih cantik, dapatlah yang cantik, tapi belum tentu bakal menjadi isteri yang baik. Nak cari bakal isteri cantik, ia tidak akan kekal. Malah, kita akan jumpa lagi cantik selepas itu. Maknanya ia tidak akan selesai.

Tapi kalau kita dapat cari yang taat pada agama, hati kita akan menjadi tenang. Malah dia bakal menjadi ibu yang salehah yang bakal membimbing anak-anak kita kelak. Saya rasa itulah yang kita mahu.

Hari ini, pakai tudung sahaja tidak cukup. Lihatlah juga pakaian mereka, tutur kata dan juga akhlak. Tidak semesti lulusan Madrasah anda akan jumpa yang terbaik dalam agama, begitu juga sebaliknya bagi pelajar sekular. Maksud saya, kita perlu berhati-hati memilih dan tidak membuat sebarang ‘judgement’ sebelum kita kenal hati budi dan akhlak seseorang

Cantik

Cantik? Penting juga..Sebab tu Nabi sebut seperti mana hadith di atas. Cuma janganlah dijadikan sebagai satu-satu pilihan dalam memilih pasangan. Jika cantik dan taat agama, kenapa tidak?

Hendak cari yang cantik dan beragama, diri kita juga perlulah punyai agama. Tidak hensem tak mengapa tapi kita perlu ada agama, barulah yang baik-baik akan cari kita. Kalau hensem tapi kita jenis ‘cacamarba’, alamatnya dapatlah makwe cantik tapi perangai pun ‘boleh tahan’ jugak. Buat apa? Makin pening dibuatnya, hati pun tak tenang. Tapi kenalah dengan lelaki yang macam tu.

Nabi sebut cantik sebab Nabi tahu fitrah semulajadi manusia suka pada yang cantik dan menawan. Tak mengapa, tapi dia pesan kita supaya cari yang cantik tapi punya agama.

Frm:abahyasir.com

Wednesday, November 4, 2009

the red warriors

SeLaMaT BeRaKsI.....Jumpa di Bukit JaLIL....

Wednesday, October 28, 2009

new experience in sabah

Satu pengalaman baru aku di sabah pada kali ni ialah menunggang scrambler....peeearh..memang hebat.....aku menunggang dari keningau ke s.k pohon batu...jalannya memang sukar dan mencabar...ianya menguji ketahanan dan kebolehan mengawal scrambler tersebut dalam berbagai situasi dan cabaran itu telah ku tawan bila misi aku berjaya untuk pergi dan pulang dengan selamat..
Antara gambar yang sempat aku rakamkan semasa dalam perjalanan tersebut...
Gambar ni dirakam semasa diatas scrambler.......so lokasi yang jalannya teruk tidak dapat di capture gambarnya kerana susah untuk mengawal scrambler....

Tuesday, October 27, 2009

tawau-kalabakan-sapulut-keningau

Banyak pengalaman ditempuhi sepanjang perjalanan yang hampir mengambil masa 8jam....ianya menguji erti kesabaran, ketabahan dan semangat setiakawan... semua itu adalah cubaan dari NYA....lokasi : bulatan kalabakan

perjalanan jauh memerlukan persediaan untuk menghadapi berbagai kemungkinan.... saya punya kereta hari ni ada buat hal skit.......pecah tayar dibuatnya...yea lah mana tak nya jalan balak beratus km beb..

KL-Tawau-Keningau-Ranau-KK-KL

Selamat bertugas dibumi borneo buat semua kawan-kawan sewaktu denganya...Minggu ni aku ditugaskan ke Sabah lagi....dah hampir seminggu aku disini...aku and the geng sampai Tawau pada 22hb....besok tu terus masuk site s.k luasong....jalan ladang sawit la jawabnya...tapi kira ok lah berbanding masa aku di keningau 2 hari lepas tu...di keningau lagi teruk aku kena beb..nasib baik tak hujan...kalau tak jawabnya bermalam dihutan lah..yea lah mana boleh keluar...jalan teruk...tersangkut kereta dibuatnya...
s.k luasong dan s.k kalumpang, semporna Sabah bha...

Wednesday, October 21, 2009

OPEN HOUSE

Hari sabtu last week sempat lah kami buat open house aidilfitri.....walaupun sudah penghujung bulan tapi masih lagi bulan syawal dan kemeriahan raya masih terasa...

Antara tetamu yang datang memeriahkan suasana......rakan sepejabat my wife....jauh ba tu...dari sabah ba .....

Tuesday, October 20, 2009

Tiga wajah berbeza..............

Malam ni aku rasa boring skit.....so ini lah hasilnya
apa macam.....ada komen!!!!!

Jalan-Jalan....

Posing sakan.....
Kolam air panas sg. klah sungkai

Thursday, October 15, 2009

Happy Birthday.....

Sempena ulangtahun kelahiran yang ke 28 teman sepejabat Wan IsMAWIE, kami mendoakan semoga beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.....apa tak nye...open table beb.....terima kasih bebanyak....hari2 open table pun ok...

Geng sepejabat......sedap hingga menjilat jari...huhuhu...

Wednesday, October 14, 2009

Aidilfitri 1430

Anak papa yang sulong tu Nur'Aqilah....umur dah dekat 4 tahun..yang tengah tu sepupunya...Md Zaim..yang kanan sekali tu anak papa yang tengah...Nur'Afiqah..(kak ngah)....bukan main semangat nak balik raya di kampung......tahniah buat anak-anak papa...semoga berjaya dunia dan akhirat.....
Raya tahun ni anak papa dah 3 orang, Anak lelaki papa ni bernama Amir Ziqri, baru masuk 9 bulan ni ...tapi gaya mengalahkan papanya....inilah raya pertama yang laluinya......semoga anak papa terus maju melangkah menuju kehadapan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.....

Hasil lukisan tangan....

Selamat hari raya aidilfitri buat semua terutama sekali ibu bapa saya mertua saya dan semua ahli keluarga rakan-rakan dan tak lupa para blogger semua.....Menyusun jari memohon keampunan dan kemaafan dari kalian semua jika ada salah dan silap....buat Ibu dan Bapa tercinta Salam Aidilfitri dari anakmu sekeluarga...Kami memohon kemaafan zahir dan batin jika ada salah dan silap kami sempena Aidilfitri yang mulia.........

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

1430@2009

Kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin

Email : mohd naim mohd zain

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik


Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.


Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak


Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

frm : Cina Islam

Saturday, September 5, 2009

Friday, August 28, 2009

"Bagaimana wudhu' zahir dan batin?"

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."


"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."


Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Monday, August 24, 2009

Debat Tambah Bini

Oleh : Zamri Keciks

Anda teringin sangat nak berpoligami? Tetapi sanggup ke isteri anda bermadu tiga? Berdebatlah dulu untuk mendapat jawapan yang menyakinkan. Jika tidak, silap haribulan anda bakal menjadi mencetus perang besar yang mana diakhirnya kekalahan pasti jatuh ke tangan anda. Ada berani?

Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi..

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga”. Isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu “Singular“; dua atau lebih “Plural”

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi

Thursday, August 20, 2009

Pergi Tak Kembali


Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Tuesday, August 18, 2009

SHARING IS LOVING -NASIHAT KEHIDUPAN

Oleh : hazlan hj. mohammad
Segala yang baik dari ALLAH dan yang buruk dari saya sendiri.Nasihat Kehidupan

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kitaJanganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurusdengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikansemua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu .........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

frm : cina islam

Monday, August 17, 2009

Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak2

Oleh : friend just

Pengenalan

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t kepada kita hamba-hambaNya. Firman ALLAH s.w.t :-


Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :-


Ini mungkin di sebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan Pertama : Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan atau diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan Kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) kepada Targhib (didikan atau motivasi)
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan Ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak.
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan Keempat : Menegur anak secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama ketika marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan Kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan Keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :-


7. Kesilapan Ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara pemakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan Kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan pelekeh.

9. Kesilapan Kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan Kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan Kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang berjemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan Keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan Ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok syahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan Keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samda dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan Kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sunday, August 16, 2009

Minum AiR TanJunG aRu...

Tanjung Aru

Sudah dua hari aku di KK, ptg ni ada masa free skit so, membe-membe ajak kuar pi jalan-jalan Tg Aru...aku pun memang dah lama x kesana...last datang pun kalau x silap 2 tahun lepas....apa lagi jom lah.....Sebenarnya badan aku x berapa sehat ari ni....tapi aku ikut ngak datang sini sebab nak ubatkan badan aku ni la....bukan apa hilang selera makan...mybe dok jauh dari isteri kot...biasa makan masakan isteri aje...
Tunggu oder aje lah......nak tau ape yang special kat sini....eeaarmmmm...tu dia....hang tengok lah sendiri....

Air buah gelas besar beb......lama dah x kena gelas besar ni.....mulut aku ni pun rasa pahit semacam aje ni....yea la badan tak sehat kan....ni pun saje nak sedapkan mulut...

eeeaarmmmm......best tak?

Dah sehari semalam aku x makan.......bukan susah nak dapatkan makanan....tapi mulut aku ni rasa cerewet, meragam semacam aje bila badan tak berapa sehat...pandai juga dia merajuk.....

ini dia aku oder meehoon sup.....mana tau kot-kot boleh telan......pppeeeaarrrhh....sedap ngak...kira licin ngak ler aku belasah....mulut aku kira boleh terima la....

berehat seketika ditepi pantai tanjung aru sambil menikmati keindahan dan keajaiban MU...