Tuesday, August 4, 2009

Santai bersama family..

Oleh : Jiw@kacau

Selepas hampir seminggu meninggalkan anak bini kerana tugas di luar pejabat so, ari minggu ni dapat lah kuar jalan-jalan bersama anak bini ......lepaskan rindu ba....
Malam tu bawa family makan kat luar....sempat lagi posting..

Ini lah satu-satunya Hero Papa buat masa ni....cooming soon tak tau lagi lah....harap-harap dapat hero lagi....baru balance...huhuhu...mesti bini marah ni bila baca...keh...keh..


Kalau makan kt sekitar Putrajaya....apa lagi....anak-anak papa ni mesti nak main kt dataran tu....so, basikal dia orang mesti kena bawa...hahaha...kt umah x cukup ruang untuk diaorang pecut...so ini litar diaorang...


Lokasi : Dataran Putrajaya

Sunday, August 2, 2009

Tangisan.....

15 Pintu Syaitan Yang Ada Dalam Diri Kita

Oleh : Zailina Mahmud

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (enggan menghadiri majlis ilmu)
- suka berangan angan kosong
- tamak
- bakhil
- suka pada pujian
- riak atau sombong
- ujub (merasa kagum)/takbur
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- suka akan dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'laha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih dari kotoran
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan tidak berdusta
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

H Wang N Wang


Pemburu H One N One..

Saturday, August 1, 2009

Renung-renungkanlah. ....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cubakita lihat... dan manakah pilihan kita???


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAHkepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUPkepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYAmelebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Maka tak ada alasan apapun di
dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.


Thursday, July 30, 2009

sAyang iSteri TinGgal-TinGgalKan.....

Menanti hari esok....
Oleh : jiw@kacau

3 hAri macam tiga tahun...itulah hakikatnya bila dok jauh dari siDia...Sayang Isteri Tinggal-tinggalkan.....Harap terubat skit rindu bila Isteri baca blog abg ni....yea lah esok mesti dia buka...huhuhu...lepas dia baca mesti dia call balik aku....huhuhu...rindu...dia pun rindu ngak ler tu....I Love U Darling......
Selalu bersama Mu.....Sentiasa di Sisi Mu.....Aduhai DinDa Ku Cayang...Water front area in sibu town..

Hari last di bandar sibu

Oleh : jiw@kacau
Ari ni aku siap awal keje, so ambil kesempatan jalan-jalan sekitar bandar sibu...perjalanan dari tempat kerja ke bandar sibu.. Aku singgah kat sibujaya sat...bukan apa nk tengok barang-barang kraf yang dijual disini..boleh tahan ngak.....macam-macam ada...tapi wallet aje yang x ada....huhuhu..so sekadar santapan mata ajelah...


Oleh kerana aku sampai di town sibu agak awal ari ni, so sempat lah aku pegi jalan-jalan sekitar town ni...ada lah skit picture aku post untuk korang tengok...boleh dikatakan cantik ngak ler sekitar water front dan pasar besar sibu..bandar kira agak bersih la ....gambar ni kat depan pasar besar sibu.


Posing ler skit kt depan angsa ni.....rupanya ada history disebalik angsa ni...klu korang nk tahu, hah...baca...aku dah post swan history tu..

Lokasi: water front sibu....

The swan history of sibu...

Wednesday, July 29, 2009

Sibu oh Sibu....

H oNe N oNe.....

Aku bermalam di Primier Hotel....rate kira ok lah...kat bawah ni aku letak gambar hotel tu. Kalau korang datang sini boleh lah stay kt sini ya...bukan ape kedai makan senang nk dapat kat area ni...sblm ni aku penah stay kat Kingwood Hotel..tapi susah skit nak cari makan...kena jalan jauh...

Jam 8.00 a.m aku mula bertolak ke IP Rajang Bintangor.Aku kena bertugas kat situ..bukan pensyarah lah...ada projek yang aku handle disitu...

Sampai aje kat IPR, aduhai......tengok ramai student berkumpul kt depan dewan kenanga. Rupanya salah seorang suspec H1N1.Tak pasal-pasal aku pun kena test tempreture ngak....nasib baik ok....35C

Banyak IPT disemenanjung sudah ditutup ekoran wabak Influeza A ni....ish...dah teruk skit skrg ni..